Wednesday, December 29, 2010

Lelaki sawan atas motor masuk terusan




 Sumber : Harian Metro

ALOR SETAR: Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila diserang sawan ketika menunggang motosikal menyebabkannya tercampak ke dalam Terusan Wan Mat Saman, kelmarin.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor Namun, nasib menyebelahi mangsa apabila kejadian itu disaksikan seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang secara kebetulan melalui jalan terbabit untuk ke tempat kerjanya di pejabat JPAM Kota Setar, Wisma Persekutuan.

Ketua Skuad Bilik Gerakan JPAM Kota Setar, Sarjan Salim Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dia yang dalam perjalanan dari rumahnya di Batu 5, terkejut apabila mendapati seorang penunggang motosikal terjatuh ke dalam terusan terbabit ketika menunggang motosikal Honda EX5.
Menurutnya, ketika itu, dia dari rumahnya menuju ke tempat kerja apabila melihat mangsa, Mohd Fikri Rejab, 23, yang baru pulang dari Pekan Rabu tiba-tiba diserang sawan menyebabkannya tercampak ke dalam terusan dengan keadaan kepala menegak bersama motosikalnya.

“Saya memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian itu dan terkejut mendapati mangsa meronta-ronta kesakitan menyebabkan saya terus terjun ke dalam terusan untuk menyelamatkannya.

“Sebaik mangsa dinaikkan, saya dapati mulutnya berbuih selain mengalami kecederaan di kaki dan tangan,” katanya.

Katanya, dia kemudian memaklumkan anggota lain dengan menghubungi Bilik Gerakan 999 JPAM Kota Setar sebelum empat anggota dengan sebuah ambulans penyelamat tiba lima minit kemudian.

Mangsa yang menetap di Batu 8, Kota Sarang Semut dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 2.15 petang.

Tuesday, December 28, 2010

Penyengat budak kena 'hukum'

Anggota JPAM Daerah Kota Setar sedang melakukan semburan racun serangga kepada sarang tebuan.

Anggota JPAM Daerah Kota Setar berjaya menurunkan sarang tebuan tersebut
sumber : Sinar Harian

KUALA KEDAH – Selama kira-kira dua tahun sekumpulan tebuan membuat sarang di atas pokok di depan rumah seorang peniaga di Taman Sri Kota di sini hingga sampai satu ketika ia telah menyengat anak saudara wanita berkenaan.

Peniaga, Siti Mariam Abd Rahman, 39, berkata, sarang tebuan itu sudah lama tergantung di atas pokok besar depan rumahnya.

Menurutnya, lama-kelamaan sarang berkenaan semakin rendah dan ramai kanak-kanak sering membaling batu ke arah sarang tebuan itu.

“Ketika berada dalam rumah, anak saudara saya telah disengat tebuan yang terbang ke dalam rumah saya.

“Anak saudara saya bernasib baik kerana selepas disengat, dia terus dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan bagi mengelak sengatan semakin teruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Mariam berkata, sarang tebuan atas pokok itu sangat besar dan apabila angin kuat, serangga berkenaan akan berterbangan di luar sarangnya hingga membahayakan keselamatan penduduk berhampiran.

Menurutnya, kanak-kanak juga ramai yang sering bermain di depan rumah pada setiap petang termasuk anaknya.

“Saya bimbang jika tebuan ini menyerang anak saya dan anak-anak jiran lain yang bermain di depan rumah setiap hari.

“Selepas insiden anak saudara saya disengat, saya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membuang sarang ini,” katanya yang memiliki enam anak.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Daerah Kota Setar, Salim Aziz berkata, dia bersama lima anggota bergegas ke lokasi pada jam 9.15 pagi selepas menerima panggilan telefon.

Menurutnya, setibanya di taman perumahan itu, dia mendapati sarang tebuan itu sangat besar, namun berjaya menurunkan sarang berkenaan menggunakan teknik semburan racun dalam tempoh 20 minit sahaja walaupun angin kuat.

Sunday, December 26, 2010

Ular sawa telan anak kambing ditangkap

ANGGOTA JPAM memegang ular sawa batik yang berjaya ditangkap, di Alor Setar, semalam.

Sumber : Utusan Malaysia

ALOR SETAR 2 Dis. - Seekor ular sawa sepanjang empat meter yang kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing di Kampung Pancor, Pokok Sena di sini, berjaya ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar hari ini.
Pemilik kambing itu yang terkejut apabila melihat seekor ular sawa berada di dalam kandang ternakannya bertindak menghubungi JPAM kira-kira pukul 9.10 pagi untuk menangkap reptilia itu.
Pegawai JPAM Kota Setar, Khairul Afzan Md.Yasin berkata, sebaik sahaja tiba di kandang kambing tersebut pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menangkap ular sawa itu yang tidak berupaya bergerak akibat kekenyangan.
"Ular sawa seberat kira-kira 120 kilogram itu ditangkap ketika berada di dalam kandang kambing itu. Ular tersebut tidak bertindak agresif kerana tidak mampu bergerak akibat kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, ular tersebut dipercayai menjadikan kawasan kampung itu sebagai habitatnya kerana terdapat banyak sumber makanan di kawasan itu.
Dalam satu kejadian berasingan di Kerpan, Air Hitam dekat sini semalam, seekor lagi ular sawa sepanjang empat meter berjaya ditangkap oleh anggota JPAM.
"Ular tersebut tersangkut pada jaring yang diletakkan di sawah padi dan bertindak agresif ketika anggota kami sampai di kawasan tersebut kira-kira pukul 8.30 malam.
"Pihak kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular tersebut dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku," ujarnya.
Tambah Khairul, kedua-dua ekor reptilia itu akan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

JPAM terima 4 ambulans baru

Sumber : Utusan Malaysia

ALOR SETAR 8 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Kedah bakal menerima empat buah ambulans baru bagi meringankan tugas mereka dalam operasi menyelamat mangsa yang terlibat dalam kemalangan di negeri ini.
Pegawai JPAM Daerah Kota Setar, Khairul Afzan Md.Yassin berkata, JPAM Kota Setar telah pun menerima sebuah ambulans baru untuk digunakan dalam operasi menyelamat JPAM.
"Penambahan ambulans baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tersebut memudahkan kerja anggota kami dalam tugas menyelamat mangsa yang memerlukan bantuan.
"Tiga lagi ambulans baru dijangka sampai pada awal tahun depan untuk di tempatkan di daerah lain di sini," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, perbezaan ambulans baru ini bukan sahaja pada kelengkapan disediakan, malah warnanya telah ditukar kepada biru dan jingga.
"Walaupun mempunyai ambulans yang baru namun kita (JPAM) masih lagi menggunakan ambulans yang lama untuk tujuan menyelamat dan membawa pesakit ke hospital," katanya.
Khairul Afzan berkata, ambulans baru yang disediakan itu diharapkan mampu melancarkan tugas menyelamat oleh anggota JPAM.
Selain itu, beliau berkata, perubahan pada warna ambulans itu adalah selari dengan warna uniform baru dan memberi imej baru pada JPAM.
"Kita juga berharap kemudahan baru ini akan dapat membantu orang awam yang memerlukan bantuan daripada JPAM.

Tuesday, November 30, 2010

Ular sawa dalam sawah

ular sawa yang ditangkap di Kampung Ayer Hitam

Anggota JPAM Daerah Kota Setar bersama ular sawa yang berjaya ditangkap

Ular sawa tersangkut pada jala pagar


AYER HITAM seorang penduduk telah dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter yang tersangkut pada jala yang diletakan di sekeliling sawah. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika beliau bersama anak saudaranya meninjau kawasan sawah padi tersebut yang terletak berhampiran rumahnya.
Penduduk, Khairul Anuar Samsudin 27, berkata, beliau menyedari kehadiran ular sawa tersebut apabila melihat anak pokok padi bergoyang-goyang.
“Pada mulanya saya ingatkan burung yang tersangkut pada pukat. Apabila saya bersama anak saudara saya menghampiri dengan lebih dekat, saya terkejut melihat seekor ular sawa sedang melingkar di dalam sawah padi. Saya cuba mendapatkan bantuan dari orang kampung tapi tiada siapa yang berani kerana ular tersebut begitu besar dan bimbang perkara yang tidak diingini berlaku” ,.katanya.
“Saya menghubungi talian 999 dan tidak lama kemudian 4 anggota JPAM datang untuk menangkap ular tersebut” , ujarnya lagi.
Sementara itu Pegawai Operasi Mohd Faizol Ab Aziz berkata Bilik Gerakan 999 JPAM Daerah Kota Setar mendapat panggilan kecemasan pada jam 6.35 petang. Satu pasukan bersama empat orang anggota telah dihantar kesana.
Menurutnya, anggota JPAM Kota Setar mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap reptilia tersebut dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Dan Taman Negara.

Monday, November 29, 2010

Bukan sekadar nyawa dan harta benda orang awam sahaja


Anjing liar dibawa keluar dari kawasan perumahan penduduk

Anggota JPAM Kota Setar cuma menangkap anjing liar

ALOR MENGKUDU bukan sekadar nyawa dan harta benda orang awam sahaja yang perlu di selamatkan ketika berlakunya bencana, malah menyelamat haiwan juga adalah satu daripada tanggungjawab yang di amanahkan dan disematkan didalam jiwa setiap anggota petugas Bilik Gerakan JPAM Daerah Kota setar.
Bagi mereka tidak pernah kenal jijik dan takut, ini kerana setiap haiwan yang di selamatkan tidak kiralah, anjing, kucing ,biawak, burung, ular dan sebagainya.
Apa yang perlu diutamakan adalah tugasan menyelamat mesti diselesaikan bagi memastikan khidmat yang diberikan kepada pengadu adalah yang terbaik, selain anggota penyelamat JPAM Daerah Kota Setar mendapat kepuasan jika tugasan menyelamat dapat dilakukan dengan terbaik.
Baru-baru ini Bilik Gerakan 999 JPAM Daerah Kota Setar menerima panggilan kecemasan mengenai anjing liar yang sering memasuki rumah di sekitar Taman Limau Manis, Jalan Alor Mengkudu.
Menurut penduduk yang dikenali Sharzuani berkata,anjing liar  sering kali memasuki kawasan rumahnya menyebabkan beliau rasa tidak begitu selesa.“saya cuba mengusir anjing liar tersebut anjing tersebut cuma berlari menghilangkan diri buat seketika dan kembali semula,kejadian ini belarutan sehingga seminggu dan saya telah memohon bantuan JPAM Daerah Kota Setar untuk membantu menangkap anjing liar dan dilepaskan di tempat yang sepatutnya”, katanya.
Sementara itu Ketua Operasi Sjn (PA) Salim Aziz mengesahkan kejadian itu dan anjing liar tersebut dapat ditangkap oleh 4 anggotanya sejurus mendapat panggilan dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.

Saturday, November 27, 2010

Saya tidak sedar

Seberang Perak, 28 November  Tidak sedar itu yang dikatakan oleh seorang penduduk di Lorong Pendara, Seberang perak Alor setar yang  tidak mengetahui kehadiran sarang tebuan sebesar pemeluk orang dewasa berada di sebatang pokok berhapiran rumah beliau.
Penduduk tersebut Hassan Ali 53, Hanya menyedari sarang  tebuan sebesar pemeluk orang dewasa ketika membersihkan daun-daun kering  disekitar rumah apabila melihat  tebuan berterbangan di sekitar kawasan rumahnya.
“Saya tidak penah tahu tentang kehadiran sarang tebuan sebesar ini, berada di pokok dihadapan rumah dan saya menyedari sarang seranga berbisa ini setelah saya melihat banyak tebuan berterbangan ketika saya membersih kawasan rumah”,katanya.
“Dalam keadaan cemas dan takut saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Setar untuk membantu saya untuk memusnah sarang tebuan tersebut yang boleh jatuh pada bila-bila masa berikutan keadaan cuaca yang berangin dan hujan ketika ini” ,tambahnya.
Semetara itu,  Ketua Operasi JPAM Daerah Kota Setar Sjn (PA) Salim Aziz berkata, Bilik Gerakan 999 JPAM Daerah Kota Setar menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 petang,satu Jentera dengan kekuatan lima orang anggota dihantar kelokasi,anggota JPAM Daerah Kota Setar mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut.

Operasi bantuan pemulihan banjir












Jitra, 23 November JPAM Kota Setar telah mengadakan Operasi bantuan pemulihan banjir,Tujuan Operasi dilakukan bertujuan bagi melengkapi tiga tugasan utama yang dijalankan termasuklah persediaan sebelum berlakunya bencana, diikuti dan tugasan semasa bencana dan tugasan pemulihan selepas bencana.
Dalam Operasi tersebut, Seramai 25 anggota bersama seorang Pegawai bertindak membantu Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menjalankan aktiviti yang dijalankan serentak dibeberapa zon di daerah Kubang Pasu yang terlibat banjir.
Bagi JPAM Daerah Kota Setar melakukan aktiviti pembersihan dilokasi Taman Seri Utama, Taman Kelubi dan Kampung Kota Giam.

Mujur sangkut




JITRA: Satu keluarga di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, dekat sini, lega apabila seekor ular tedung selar sepanjang hampir dua meter yang cuba memasuki rumah mereka gagal apabila tersangkut pada pukat dijemur di belakang rumah mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, baru-baru ini, Anwar Sarrazim Lit, 41, berkata, ketika itu dia berehat di rumah sebelum terdengar bunyi bising di belakang rumahnya.

“Saya tergamam apabila melihat seekor ular tedung selar sebesar lengan tersangkut pada pukat dijemur di belakang rumah. Saya baru menjemur pukat air tawar ini dua jam lalu. Sebelum ini saya menggunakannya untuk menangkap ikan.
“Saya tak sangka pula di kawasan rumah saya ini terdapat ular tedung selar. Kejadian ini menakutkan saya bersama 10 ahli keluarga lain kerana haiwan ini memang dikenali amat berbisa,” katanya.

Katanya, mujur ular itu tidak dapat memasuki rumahnya apabila tersangkut pada pukat itu.

Anwar berkata, dia kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangkap reptilia itu.
Pegawai Operasi JPAM Kota Setar, Koperal Wan Haslan Wan Hamid berkata, empat anggota JPAM dikerahkan ke lokasi dan mendapati seekor ular tedung selar sepanjang 1.5 meter tersangkut pada pukat berkenaan.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan reptilia itu berikutan seluruh badannya terlilit pada pukat berkenaan.

Agensi di bawah KDN diarah sedia hadapi gelombang kedua banjir - Hishammuddin

Sumber : myMetro Mutakhir


ALOR SETAR: Semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri diarahkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir sehingga akhir Disember ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agensi yang terbabit dalam operasi banjir di Kedah ialah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Beliau berkata, pada masa ini untuk operasi banjir di Kedah seramai lebih 1,000 anggota PDRM terbabit, JPAM (400 anggota) dan Rela (193 anggota).
"Kalau berlaku (gelombang kedua) dalam masa terdekat, kita memang sudah ada di sini dan bersedia menambah anggota mengikut keperluan, kalau tidak mungkin akan balik dulu dan kemudian gerakkan semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hari ini beliau melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana itu di pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus dan Sekolah Kebangsaan Abdullah Sadun, di sini.

Hishammuddin berkata, kementeriannya juga mengarahkan Rela dan JPAM untuk memberi tumpuan kepada kerja pembersihan sekolah yang dijadikan sebagai pusat penempatan serta sekolah yang terbabit banjir.
Terdahulu, beliau turut melancarkan tabung bencana alam Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang turut menyumbangkan bantuan dalam bentuk makanan dan air mineral bernilai RM200,000 kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah.

Sebelum pulang, beliau turut melawat keluarga mangsa lemas, Nur Irshah Rosli, 9, iatu anak kepada seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Nur Irshah dikatakan bermain dengan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, berhampiran tali air di Tanjung Bendahara sebelum terjatuh ke dalam tali air tersebut Khamis lalu. Awwad Hakimi masih belum ditemui dan operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan.-Bernama

2 hari terperangkap



Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
Sumber : myMetro
ALOR SETAR: Dua wanita warga emas nyaris maut selepas dua hari terperangkap dalam rumah yang berkunci di Anak Bukit dan ketika diselamatkan semalam, mereka didapati terkapai-kapai di dalam air sehingga paras dagu.
Mangsa, Rahah Said, 79, dan adik tirinya, Latifah Harun, 55, yang juga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang tiba kira-kira jam 3 petang selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Jurucakap JPAM berkata, mangsa bernasib baik apabila tindakan pantas sepasukan anggota JPAM yang memasuki rumah mereka dengan memanjat tingkap di bahagian atas rumah berikutan ia terkunci dan ditenggelami air.
Ketika 50 anggota JPAM tiba, mangsa hampir ditenggelami air banjir yang ketika itu sudah berada pada paras dagu.

Katanya, percubaan awal mereka untuk menyelamatkan mangsa terganggu akibat arus deras yang menghalang pergerakan anggota penyelamat, namun pihaknya bertekad masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan dua wanita itu.

“Pada mulanya kami cuba masuk melalui pintu depan menggunakan bot, tetapi pintunya kecil menyebabkan anggota kami terpaksa masuk dengan memanjat tingkap.
 “Kami mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Sementara itu, anak Rahah, Bidin, 42, berkata hanya roti kosong dan air sejuk menjadi bekalan ibu dan ibu saudaranya itu sepanjang mereka terperangkap dalam banjir.

Saturday, November 20, 2010

JPAM agensi Pertahanan Awam unggul

MEMBERI perkhidmatan bantuan kecemasan
bagi mengurangkan kehilangan
nyawa dan kerosakan harta benda yang
disebabkan
oleh bencana atau tindakan
musuh merupakan antara tujuan Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1952,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
yang dahulunya dikenali sebagai Civil
Defence sentiasa memainkan peranan penting
dalam menghadapi pelbagai bencana
dan insiden kecemasan termasuk Konfrontasi
Malaysia - Indonesia pada 1964, pesawat
terhempas di Johor (1977), tragedi kondominium
Highland Towers tumbang di Hulu
Kelang (1993) dan kejadian tanah runtuh di
Gunung Pulai, Johor (2001).
Biarpun sudah mencecah 57 tahun,
peranan
JPAM dalam menangani situasi
bencana tetap relevan kerana ia merupakan
salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab
melaksanakan peranan untuk
menyelamat nyawa mahupun harta benda
penduduk awam sebelum, semasa, dan
selepas sesuatu kejadian bencana, malah
secara tidak langsung menarik penglibatan
orang awam dalam kerja-kerja kesukarelawan.
Berbekalkan khidmat dan kepakaran,
anggota JPAM sentiasa bersiap sedia menjalankan
tugas dalam pelbagai bentuk kecemasan
yang melibatkan bencana sama ada
di darat atau air tanpa mengira masa dan
tempat termasuk menyelamatkan mangsa
kemalangan jalan raya, lemas dan banjir,
kebakaran serta menangkap ular.
Di sini, kita dapat lihat bahawa JPAM terlibat
secara terus dalam apa jua aktiviti
menyelamat nyawa dan harta benda penduduk
awam.
Hari ini, JPAM telah menggariskan satu
visi iaitu ‘Menjadi Agensi Pertahanan Awam
Yang Unggul Dalam Pengurusan Bencana’
bagi menyuntik semangat dan jati diri yang
tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
mengikut akta dan perundangan
yang diguna pakai.
Akta 221 memerlukan sebuah Angkatan
Pertahanan Awam yang besar bagi menjalankan
tugas dan melaksanakan maksud
Pertahanan Awam di negara ini.
Bagi tujuan ini, JPAM telah memainkan
peranan untuk melatih seberapa ramai
orang awam dan menjadi anggota
Pertahanan Awam bagi membolehkan
mereka bertindak semasa menghadapi
sebarang krisis, bencana, atau peperangan
yang akan atau mungkin berlaku.
Ternyata tenaga sukarelawan yang menjadi
tulang belakang kepada JPAM di negara
berjaya memberikan komitmen tinggi terhadap
setiap tugasan diberikan.
Walaupun sebagai sukarelawan, namun
sumbangan diberikan ketika membantu
negara berhadapan dengan sesuatu bencana
cukup berkesan sekali.
Ia terbukti ketika Johor dilanda dua banjir
besar tiga tahun lepas yang mana anggota
JPAM berjaya memainkan peranan
sebagai anggota penyelamat bersama pasukan
lain.
Kini, pendaftaran pengambilan anggota
sukarelawan baru dan latihan-latihan bersama
dibuat sepanjang tahun untuk menambahkan
penglibatan penduduk awam.
JPAM agensi Pertahanan Awam unggul

klik disini.......
http://www.mampu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=bf8ac227-afda-4e54-8bc2-9d5ed8add774&groupId=10146

Saturday, November 6, 2010

3 cedera motosikal tergelincir

Jalan lincin disebabkan tumpahan minyak yang dibawa oleh air banjir.




myMetro

ALOR SETAR: Tiga penunggang motosikal tersembam di jalan raya selepas motosikal ditunggangi tergelincir berpunca daripada air banjir yang surut dan meninggalkan kesan minyak menyebabkan ketiga-tiganya luka parah di Jalan Kanchut, di sini, semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.20 pagi itu ketika Intan Sariani Mat Yatim, 23, dan Maznah Jaafar, 42, dalam perjalanan pulang. ke rumahnya di Taman Nuri selepas kedua-duanya terperangkap dalam banjir besar di sekitar pusat bandar ini.

Intan Sariani ketika ditemui berkata, dia dan rakannya ketika itu cuba untuk keluar daripada banjir dengan mencari jalan pulang ke rumah selepas beberapa jalan utama dinaiki air.
Katanya, dia dari Jalan Telok Wanjah terpaksa menggunakan Jalan Kanchut berikutan masih terdapat jalan di situ yang tidak dinaiki air.

"Ketika cuba untuk membelok ke kiri, saya sangkakan di atas jalan itu adalah air tetapi rupa-rupanya minyak yang yang membasahi jalan," katanya ditemui di sini, semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa bernasib baik kerana dibantu beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang ketika itu turut melalui jalan terbabit untuk ke penempatan mangsa banjir di Tanjung Bendahara.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, seorang lagi mangsa, Cheng Ah Siong, 64, terjatuh di atas jalan apabila motosikal yang dinaikinya tergelincir di lokasi sama.


Lawatan Timbalan Ketua Pengarah ( Bahagian Operasi )

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah ( Bahagian Operasi )Kelokasi Banjir di Kg Seberang Pantai Johor pada 3 November 2010





Wanita warga Jerman hilang dibawa arus

Sumber :Berita Harian

JITRA: Seorang wanita warga Jerman berusia 64 tahun hilang dan dikhuatiri lemas, manakala anak lelaki serta menantunya terselamat dengan memanjat dan berpaut pada pokok selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Kerenjis, Kota Giam, Malau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa iaitu Erna Fischer bersama anaknya Yusof Abdullah, 41, juga warga Jerman serta menantunya, Ashalehah Zain, 40, warga tempatan dikatakan panik apabila mendapati air memasuki rumah mereka melebihi paras pinggang menyebabkan mereka keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, sebaik keluar dari rumah, ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 300 meter sebelum sempat berpaut pada pokok, manakala mangsa sempat berpaut pada jambatan buat seketika sebelum dihanyutkan arus deras.

Yusof dan isterinya ditemui oleh petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang datang untuk memotong kabel elektrik di kawasan berkenaan bagi tujuan keselamatan, kira-kira jam 10 malam.

Kedua-dua mereka berjaya dikeluarkan dari kawasan berkenaan sejam kemudian dengan bantuan petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), selepas berada kira-kira tiga jam di atas pokok.

Ashalehah yang juga seorang suri rumah berkata, dia sempat melihat ibu mentuanya berpaut pada tiang jambatan di sebatang sungai berhampiran rumah mereka, namun tidak mampu bertahan lama sebelum warga tua itu hanyut dibawa arus.

"Ketika kejadian kami dapati air mula memasuki rumah dan naik dengan cepat hingga paras pinggang sebelum kami sekeluarga mengambil keputusan keluar bagi menyelamatkan diri.
"Sebaik keluar, kami terus dibawa arus deras sebelum saya dan suami sempat berpaut, tetapi tidak dapat bertahan lama dan dihanyutkan arus deras," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan pasangan suami isteri itu sudah menetap di rumah berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan sering dikunjungi Fischer yang menetap di Jerman.

Fischer dikatakan akan menetap dalam tempoh beberapa bulan di rumah anak dan menantunya itu setiap kali berkunjung ke negara ini.

Sementara itu, Pegawai JPAM Daerah Kota Setar, Khairul Afzan Md Yasin, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.20 malam, pihaknya menghantar satu pasukan penyelamat dengan sebuah bot ke lokasi berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

2 hari terperangkap

ALOR SETAR: Dua wanita warga emas nyaris maut selepas dua hari terperangkap dalam rumah yang berkunci di Anak Bukit dan ketika diselamatkan semalam, mereka didapati terkapai-kapai di dalam air sehingga paras dagu.
Mangsa, Rahah Said, 79, dan adik tirinya, Latifah Harun, 55, yang juga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang tiba kira-kira jam 3 petang selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Jurucakap JPAM berkata, mangsa bernasib baik apabila tindakan pantas sepasukan anggota JPAM yang memasuki rumah mereka dengan memanjat tingkap di bahagian atas rumah berikutan ia terkunci dan ditenggelami air.
Ketika 50 anggota JPAM tiba, mangsa hampir ditenggelami air banjir yang ketika itu sudah berada pada paras dagu.

Katanya, percubaan awal mereka untuk menyelamatkan mangsa terganggu akibat arus deras yang menghalang pergerakan anggota penyelamat, namun pihaknya bertekad masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan dua wanita itu.

“Pada mulanya kami cuba masuk melalui pintu depan menggunakan bot, tetapi pintunya kecil menyebabkan anggota kami terpaksa masuk dengan memanjat tingkap.
“Kami mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.
Sementara itu, anak Rahah, Bidin, 42, berkata hanya roti kosong dan air sejuk menjadi bekalan ibu dan ibu saudaranya itu sepanjang mereka terperangkap dalam banjir

2 beradik terhumban dikhuatiri lemas

Sumber : myMetro

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berusia lapan dan 13 tahun hilang dan dikhuatiri lemas selepas motosikal yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam tali air di Kampung Telaga Emas, Langgar, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Siti Nadia Shukur, 13, dan adiknya, Sharipah, 8, bersama seorang rakan mereka, Intan Malik, 14, terhumban ke dalam tali air selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas sebelum terhumban ke dalam tali air.

Akibat kejadian itu, dua beradik berkenaan hilang dan dikhuatiri lemas manakala Intan terselamat selepas berpaut pada sebatang pokok.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, ketiga-tiga kanak-kanak terbabit yang berasal dari kampung berkenaan menaiki motosikal dan melalui jalan bersebelahan tali air yang sedang dinaiki air akibat banjir sejak Ahad lalu.

“Arus deras yang melintasi laluan itu menolak motosikal berkenaan menyebabkan motor yang mereka naiki terbabas ke dalam tali air sedalam lebih dua meter itu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan dua beradik terbabit kira-kira jam 1 tengah hari sebelum gerakan mencari dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)Beliau berkata, gerakan mencari terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 petang berikutan hari gelap.

Sunday, October 31, 2010

Perhatian kepada semua anggota sukarela JPAM Daerah Kota Setar


Perhatian kepada semua anggota sukarela JPAM Daerah Kota Setar.Dimaklumkan bahawa hujan diramal akan berlarutan sehingga akhir bulan ni.minta semua anggota bersedia untuk dikerahkan apabila berlakunya operasi banjir.sila pastikan telefon anda di aktifkan setiap masa bagi memudahkan pejabat JPAM daerah kota Setar menghu...bungi anda pada bila - bila masa.

Alor StarRamalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Alor Star

( 31/10/2010 Hingga 06/11/2010 )

Ahad, 31/10/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Isnin, 01/11/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Selasa, 02/11/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Rabu, 03/11/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Khamis, 04/11/2010
Hujan
Pagi dan Petang
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Tiada hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Jumaat, 05/11/2010
Ribut petir
Petang
Pagi : Tiada hujan
Petang : Ribut petir
Malam : Tiada hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Sabtu, 06/11/2010
Ribut petir
Petang
Pagi : Tiada hujan
Petang : Ribut petir
Malam : Tiada hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Monday, October 25, 2010





JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
DAERAH KOTA SETAR

MEMO

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Majlis Tamat Latihan Mingguan JPAM Daerah Kota Setar bagi tahun 2010 akan diadakan seperti berikut :

            Tarikh              :           29 Oktober 2010 (Jumaat)
            Masa               :           08.00 pagi hingga 12.00 tengahari
            Tempat            :           Pusat Rekreasi Gunung Keriang
            Pakaian           :           Pakaian Sukan
i)  Bagi lelaki baju Oren lengan pendek
ii) Bagi perempuan baju oren lengan panjang
            Kenderaan      :           Kenderaan Jabatan

3.         Kehadiran semua Anggota JPAM Kota Setar adalah diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

 Saya yang menurut perintah,




 (MOHD FAIZOL BIN AB AZIZ)
 b/p : Pegawai Pertahanan Awam
 Daerah Kota Setar