Sunday, October 31, 2010

Perhatian kepada semua anggota sukarela JPAM Daerah Kota Setar


Perhatian kepada semua anggota sukarela JPAM Daerah Kota Setar.Dimaklumkan bahawa hujan diramal akan berlarutan sehingga akhir bulan ni.minta semua anggota bersedia untuk dikerahkan apabila berlakunya operasi banjir.sila pastikan telefon anda di aktifkan setiap masa bagi memudahkan pejabat JPAM daerah kota Setar menghu...bungi anda pada bila - bila masa.

Alor StarRamalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Alor Star

( 31/10/2010 Hingga 06/11/2010 )

Ahad, 31/10/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Isnin, 01/11/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Selasa, 02/11/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Rabu, 03/11/2010
Hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Khamis, 04/11/2010
Hujan
Pagi dan Petang
Pagi : Hujan
Petang : Hujan
Malam : Tiada hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Jumaat, 05/11/2010
Ribut petir
Petang
Pagi : Tiada hujan
Petang : Ribut petir
Malam : Tiada hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Sabtu, 06/11/2010
Ribut petir
Petang
Pagi : Tiada hujan
Petang : Ribut petir
Malam : Tiada hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Monday, October 25, 2010





JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
DAERAH KOTA SETAR

MEMO

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Majlis Tamat Latihan Mingguan JPAM Daerah Kota Setar bagi tahun 2010 akan diadakan seperti berikut :

            Tarikh              :           29 Oktober 2010 (Jumaat)
            Masa               :           08.00 pagi hingga 12.00 tengahari
            Tempat            :           Pusat Rekreasi Gunung Keriang
            Pakaian           :           Pakaian Sukan
i)  Bagi lelaki baju Oren lengan pendek
ii) Bagi perempuan baju oren lengan panjang
            Kenderaan      :           Kenderaan Jabatan

3.         Kehadiran semua Anggota JPAM Kota Setar adalah diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

 Saya yang menurut perintah,




 (MOHD FAIZOL BIN AB AZIZ)
 b/p : Pegawai Pertahanan Awam
 Daerah Kota Setar



Saturday, October 23, 2010

Ular sawa disangka plastik tikar getah.



Sanglang, 24 Oktober 2010 , seorang pemotong rumput terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik sedang berlingkar didalam semak berhampiran rumahnya di Jalan Masjid,Kampung Sanglang Mukim Air Hitam di sini.
Pemotong rumput berkenaan, Shamir Shawal,  38, berkata dia menyedari kehadiran ular sawa berkenaan di dalam semak dibelakang rumahnya ketika leka memotong rumput.
Menurutnya,pada mulanya dia tidak pasti sama ada apa yang dilihatnya itu seekor ular atau plastik apabila beliau cuba memberanikan diri untuk melihat lebih dekat ternyata tekaan nya tadi adalah betul seekor ular sawa sepanjang kira-kira 7 kaki dan anggaran  berat 13 kilogram.
“Pada mulanya saya tidak pasti sama ada kelibat yang saya lihat itu adalah ular sawa kerana warna kulit ular tersebut seakan-akan bersinar seperti plastik tikar getah,apabila saya cuba untuk memastikan betul-betul baru lah saya terkejut melihat reptilia itu melingkar di dalam semak” , katanya.
“Saya cuba untuk meminta bantuan penduduk kampung untuk menangkapnya tetapi tiada siapa yang berani atas nasihat salah seorang jiran menyuruh saya menghubungi talian kecemasan 999 dan tidak lama kemudian empat orang anggota JPAM Daerah Kota Setar datang untuk menangkap ular tersebut” , katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu,  Ketua Operasi L/KPL (PA) Elliyes Hashim berkata,Pusat kawalan 999 JPAM Daerah Kota Setar, mendapat panggilan kecemasan mengenai ular sawa tersebut kira-kira pada jam10.25 pagi,satu pasukan telah dihantar kelokasi.
Menurutnya , “apabila anggota sampai kami membuat tinjauan lokasi berkenaan dan mendapati ular sawa tersebut masih lagi berada di situ,kami Cuma menangkap urar tersebut dengan mengunakan penjerut,tetapi ular tersebut tidak beganjak dari semak bekenan apabila kami menghapiri reptilia tersebut barulah kami tahu ular tersebut telah pun mati,kemungkinan ular tersebut telah memakan racun yang di campur dengan perut ayam yang dibuang ke dalam kawasan semak untuk membunuh biawak yang sering masuk kedalam rumah pengadu”,katanya.

Thursday, October 21, 2010

Latihan Mingguan Pada 22 Oktober 2010

LANGKAH KESELAMATAN DARI REPTILIA BERBISA
( ULAR )
 

AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 76/72
SEKSYEN 68
Menangkap, memelihara, mengurung atau membunuh boleh didenda RM 3,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali
SEKSYEN 69
Menangkap, memelihara, mengurung atau membunuh (betina) boleh didenda RM 6,000.00 atau 3 setengah tahun penjara atau kedua-duanya sekali
SEKSYEN 70
Menangkap, memelihara, mengurung atau membunuh (tidak matang) boleh didenda RM 5,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali

PENGENALAN KEPADA ULAR
          Terdapat 2,700 spesis ular di rantau tropika dan iklim sederhana
          Malaysia: 136 spesis ular di air dan darat (Berbisa: 16 jenis di darat dan 21 jenis di air)
          Ular darat berbisa: 5 jenis (3 jenis katam, 2 jenis tedung)
          Ular air berbisa: 21 jenis
          Ular yang berbisa adalah jenis yang bertaring
          Daripada 136 spesis ular di Malaysia, 104 jenis adalah tidak berbisa (15 jenis hanya makan ular dan cacing, 71 jenis makan tikus dan katak, 18 jenis makan cicak dan burung)
Jenis ular yang berbisa adalah:
CROTALINAE:
Bentuk kepala bersegi tiga
Ular Kapak:
          Bodoh
          Tokong
          Ekor Merah
          Gunung
          Sumatera
          Bakau  Hidung Pipih
          Ular Senduk
          Ular Tedung Selar
          Ular Katam Belang
          Ular Katam Tebu
          Ular Katam Kepala Merah
          Ular Pantai Bintik
          Ular Pantai Bintik Kecik
          Ular Pantai Biru-biru
          Ular Pantai Belang

Spesis ular berbisa atau tidak berbisa boleh dikenali daripada corak dan bentuk gigitan
ULAR TAK BERBISA
          Mempunyai 4 barisan gigi yang hampir sama besar di sebelah atas, 2 barisan gigi di sebelah bawah
ULAR BERBISA
          Mempunyai 2 barisan gigi kecil pada mulut sebelah atas bersama taringnya, 2 barisan gigi besar di sebelah bawah

TANDA-TANDA DIPATUK ULAR BERBISA
          Sakit otot dan sendi
          Anggota badan terasa kebas
          Bengkak di tempat patukan
          Badan berasa lemah
          Sukar bernafas
          Warna air kencing berubah
          Air liur mengandungi darah
          Otot kejang
          Terhenti pernafasan
          Kematian

TANDA-TANDA FIZIKAL PERACUNAN ULAR
          Berwarna jernih, pekat, tidak berbau, tiada rasa dan agak kekuningan
          Dalam keadaan kering, berbentuk gumpulan, berserpih-serpih dan berkilau
          Larut dalam air garam (air masin)
          Racun ular dapat dibezakan dari zatnya:
          Bersifat Neuro-toksin: bertindak terhadap saraf (Ular Senduk, Tedung, Katam, Pantai Laut)
          Bersifat Haemo-toksin: bertindak terhadap salur darah (Ular Kapak)


TINDAKAN PERAWATAN AWAL
          Tenteram dan selimutkan mangsa
          Baringkan mangsa
          Kurangkan pergerakan di bahagian yang dipatuk
          Pastikan kedudukan bahagian yang dipatuk di bawah paras jantung
          Bersihkan kawasan patukan dengan antiseptik
          Buat jerutan sementara (tournique) di atas bahagian yang dipatuk
Bunuh ular dan bawa bersama ke pusat perubatan untuk dikenalpasti jenis penawar yang bersesuaian

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
          Elakkan mengunjungi habitatnya secara sengaja atau tidak (Gunung, Bukit, Hutan, Belukar dan kuala sungai)
          Elakkan menangkap dan bermain dengan ular
          Elakkan mengganggu atau menyerang habitat tersebut
          Jangan usik walaupun reptilia tersebut dianggap telah mati
          Jangan melangkah kayu atau tunggul kayu yang tidak dapat dilihat di bahagian depannya




Monday, October 18, 2010

Amukkan Helang



Alor Setar, 18 Oktober 2010, kehadiran seekor burung helang yang menganggu penduduk Kampung Sungai Mati, Kuala Kedah semalam, dianggap selesai apabila anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Setar telah berjaya menangkapnya.
Kehadiran burung helang tersebut telah membimbangkan penduduk, kerana mereka sering melihat kelibat burung tersebut. Apa yang membimbangkan, burung helang itu telah menyerang penduduk yang melalui kawasan tersebut.
Menurut penduduk, Khairil Nizam Ismail 26, kehadiran burung helang ini telah menjadi tandatanya pada penduduk memandangkan kawasan ini bukan habitat sebenar burung helang.
“Kemungkinan burung helang ini tersesat kerana  burung ini cuma terdapat di sekitar kawasan pulau dan kawasan hutan tebal. Jadi untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku, saya memohon bantuan JPAM Daerah Kota Setar untuk menangkap burung tersebut”,katanya
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Kota Setar, Sarjan (PA) Salim Aziz berkata, mereka mendapat panggilan kecemasan itu kira-kira jam 5.50 petang, “satu pasukan telah dihatar kelokasi untuk menangkap burung helang tersebut, kami menggambil masa kira-kira 3 hari untuk mengankapnya dengan menggunakan pukat dan burung tersebut akan diserahkan kepada Jabatan pelindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara( Perhilitan )”,katanya.






Majlis Penyampaiyan Sijil Amalan 5S JPAM Daerah Kota Setar

















Sunday, October 17, 2010

Kenderaan JPAM Daerah Kota Setar.

Si kecil cuba mencuri ayam....




GAMBAR KENANGAN.

Lawatan 5S Dari JPAM Pulau Pinang Pada 13 Oktober 2010







Ops Ribut


Alor Setar, 11 Oktober 2010, Pusat Kawalan 999 JPAM Daerah Kota Setar mendapat satu panggilan kecemasan daripada RCKL berhubung kes Pokok Tumbang pada jam 8.30 malam. Satu pasukan dengan kekuatan 3 orang Pegawai termasuk Timbalan Pengarah JPAM Negeri Kedah Kapt (PA) Saifuddin bin Abdullah, PPAD JPAM Daerah kota Setar Lt (PA) Khairul Afzan bin Md Yasin dan PPATB Mohd Shukri bin Shuib serta 8 orang anggota lain–lain pangkat bersama kekuatan jentera sebuah RQ, sebuah Ambulan dan Sebuah Hilux  bergegas ke lokasi Kampung Tengah Tualang, Pokok Sena Kedah.
Dalam kejadian tersebut kira-kira 18 buah rumah dua kedai makan dan runcit melibatkan empat buah kampung  iaitu Kampung Tengah Tualang, Kampung Nawa, Kampung Permatang Limau dan Kampung Gelam, Selain itu tujuh motosikal dan sebuah Proton Wira yang diletakkan berhampiran kedai makan turut rosak selepas dihempap sebatang pokok.

Anggota JPAM Daerah Kota Setar mengambil masa kira-kira lima jam untuk memotong dan membersihkan pokok yang tumbang tersebut berikutan keadaan yang gelap bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini berlaku dan Operasi ditangguhkan pada jam 11.00 malam dan bersambung pada keesokan hari.

Tuesday, October 5, 2010

ULAR SAWA .

LAWATAN KOLEJ POLYTECH MARA.


Alor Setar, 03 Oktober 2010, JPAM Daerah Kota Setar telah dikunjungi oleh seramai enam orang penuntut dari Kolej Polytech Mara Alor Setar. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mempelajari kaedah fail yang diguna pakai oleh JPAM Kota Setar amnya.
Wakil JPAM Daerah Kota Setar, Pn.Nur Zafinaz bt Azmi dan En. Nazri bin Hassan telah memberi sedikit penerangan kepada penuntut dari Kolej  Polytech Mara Alor Setar tersebut.
Selain itu, lawatan ini juga adalah salah satu program promosi 5s untuk memastikan pelaksanaan plan ini kearah membina kesedaran amalan 5s kepada warga kerja dan organisasi dalam menganalisa keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.

OPERASI LEMAS DI KG DARAT,CHANGLON .


Changlon , 22 Ogos 2010. Pusat kawalan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kota Setar menerima panggilan kecemasan daripada  IPD Kubang Pasu pada jam 12.55 malam mengatakan terdapat satu kes lemas,kejadian berlaku di Kg Darat Changlon,nama mangsa Sareh Mohd Asraf 19 tahun yang di percayai tegelincir ketika menjala ikan, Satu pasukan dengan kekuatan 1 x pemandu dan 2 x anggota  telah bergegas ke lokasi pada jam 1.00 pagi setelah menerima panggilan untuk membuat tinjauan dan Operasi mencari dan menyelamat akan dilakukan pada jam 9.00pagi berikutan keadaan gelap dan arus yang kuat boleh membahayakan pada anggota penyelamat.
Dengan kekuatan sebuah Hilux,sebuah bot,sebuah Ambulan,2 x pegawai,3 x penyelam,2 x pemandu dan 3 x anggota lain-lain pangkat ke lokasi  pada jam 9.00 pagi untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat, Setelah sampai PPATB Mohd Shukri Bin Shuib selaku Pegawai Operasi melapor kekuatan anggota di PKTK dan operasi di jalankan kira-kira jam 10.45pagi.
Manyat mangsa di temui oleh penyelam JPAM Derah Kota Setar( Sjn (PA) Salim bin Aziz ) pada jam 1.00 petang,kedudukan mayat mangsa yang tersangkut pada ranting-ranting kayu didalam dasar sungai.Operasi di jalankan dengan berhati-hati berikutan arus sungai yang kuat.