Tuesday, October 5, 2010

OPERASI LEMAS DI KG DARAT,CHANGLON .


Changlon , 22 Ogos 2010. Pusat kawalan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kota Setar menerima panggilan kecemasan daripada  IPD Kubang Pasu pada jam 12.55 malam mengatakan terdapat satu kes lemas,kejadian berlaku di Kg Darat Changlon,nama mangsa Sareh Mohd Asraf 19 tahun yang di percayai tegelincir ketika menjala ikan, Satu pasukan dengan kekuatan 1 x pemandu dan 2 x anggota  telah bergegas ke lokasi pada jam 1.00 pagi setelah menerima panggilan untuk membuat tinjauan dan Operasi mencari dan menyelamat akan dilakukan pada jam 9.00pagi berikutan keadaan gelap dan arus yang kuat boleh membahayakan pada anggota penyelamat.
Dengan kekuatan sebuah Hilux,sebuah bot,sebuah Ambulan,2 x pegawai,3 x penyelam,2 x pemandu dan 3 x anggota lain-lain pangkat ke lokasi  pada jam 9.00 pagi untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat, Setelah sampai PPATB Mohd Shukri Bin Shuib selaku Pegawai Operasi melapor kekuatan anggota di PKTK dan operasi di jalankan kira-kira jam 10.45pagi.
Manyat mangsa di temui oleh penyelam JPAM Derah Kota Setar( Sjn (PA) Salim bin Aziz ) pada jam 1.00 petang,kedudukan mayat mangsa yang tersangkut pada ranting-ranting kayu didalam dasar sungai.Operasi di jalankan dengan berhati-hati berikutan arus sungai yang kuat.

No comments:

Post a Comment