Monday, October 18, 2010

Amukkan Helang



Alor Setar, 18 Oktober 2010, kehadiran seekor burung helang yang menganggu penduduk Kampung Sungai Mati, Kuala Kedah semalam, dianggap selesai apabila anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Setar telah berjaya menangkapnya.
Kehadiran burung helang tersebut telah membimbangkan penduduk, kerana mereka sering melihat kelibat burung tersebut. Apa yang membimbangkan, burung helang itu telah menyerang penduduk yang melalui kawasan tersebut.
Menurut penduduk, Khairil Nizam Ismail 26, kehadiran burung helang ini telah menjadi tandatanya pada penduduk memandangkan kawasan ini bukan habitat sebenar burung helang.
“Kemungkinan burung helang ini tersesat kerana  burung ini cuma terdapat di sekitar kawasan pulau dan kawasan hutan tebal. Jadi untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku, saya memohon bantuan JPAM Daerah Kota Setar untuk menangkap burung tersebut”,katanya
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Kota Setar, Sarjan (PA) Salim Aziz berkata, mereka mendapat panggilan kecemasan itu kira-kira jam 5.50 petang, “satu pasukan telah dihatar kelokasi untuk menangkap burung helang tersebut, kami menggambil masa kira-kira 3 hari untuk mengankapnya dengan menggunakan pukat dan burung tersebut akan diserahkan kepada Jabatan pelindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara( Perhilitan )”,katanya.

No comments:

Post a Comment