Sunday, October 17, 2010

Ops Ribut


Alor Setar, 11 Oktober 2010, Pusat Kawalan 999 JPAM Daerah Kota Setar mendapat satu panggilan kecemasan daripada RCKL berhubung kes Pokok Tumbang pada jam 8.30 malam. Satu pasukan dengan kekuatan 3 orang Pegawai termasuk Timbalan Pengarah JPAM Negeri Kedah Kapt (PA) Saifuddin bin Abdullah, PPAD JPAM Daerah kota Setar Lt (PA) Khairul Afzan bin Md Yasin dan PPATB Mohd Shukri bin Shuib serta 8 orang anggota lain–lain pangkat bersama kekuatan jentera sebuah RQ, sebuah Ambulan dan Sebuah Hilux  bergegas ke lokasi Kampung Tengah Tualang, Pokok Sena Kedah.
Dalam kejadian tersebut kira-kira 18 buah rumah dua kedai makan dan runcit melibatkan empat buah kampung  iaitu Kampung Tengah Tualang, Kampung Nawa, Kampung Permatang Limau dan Kampung Gelam, Selain itu tujuh motosikal dan sebuah Proton Wira yang diletakkan berhampiran kedai makan turut rosak selepas dihempap sebatang pokok.

Anggota JPAM Daerah Kota Setar mengambil masa kira-kira lima jam untuk memotong dan membersihkan pokok yang tumbang tersebut berikutan keadaan yang gelap bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini berlaku dan Operasi ditangguhkan pada jam 11.00 malam dan bersambung pada keesokan hari.

No comments:

Post a Comment