Saturday, October 23, 2010

Ular sawa disangka plastik tikar getah.



Sanglang, 24 Oktober 2010 , seorang pemotong rumput terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik sedang berlingkar didalam semak berhampiran rumahnya di Jalan Masjid,Kampung Sanglang Mukim Air Hitam di sini.
Pemotong rumput berkenaan, Shamir Shawal,  38, berkata dia menyedari kehadiran ular sawa berkenaan di dalam semak dibelakang rumahnya ketika leka memotong rumput.
Menurutnya,pada mulanya dia tidak pasti sama ada apa yang dilihatnya itu seekor ular atau plastik apabila beliau cuba memberanikan diri untuk melihat lebih dekat ternyata tekaan nya tadi adalah betul seekor ular sawa sepanjang kira-kira 7 kaki dan anggaran  berat 13 kilogram.
“Pada mulanya saya tidak pasti sama ada kelibat yang saya lihat itu adalah ular sawa kerana warna kulit ular tersebut seakan-akan bersinar seperti plastik tikar getah,apabila saya cuba untuk memastikan betul-betul baru lah saya terkejut melihat reptilia itu melingkar di dalam semak” , katanya.
“Saya cuba untuk meminta bantuan penduduk kampung untuk menangkapnya tetapi tiada siapa yang berani atas nasihat salah seorang jiran menyuruh saya menghubungi talian kecemasan 999 dan tidak lama kemudian empat orang anggota JPAM Daerah Kota Setar datang untuk menangkap ular tersebut” , katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu,  Ketua Operasi L/KPL (PA) Elliyes Hashim berkata,Pusat kawalan 999 JPAM Daerah Kota Setar, mendapat panggilan kecemasan mengenai ular sawa tersebut kira-kira pada jam10.25 pagi,satu pasukan telah dihantar kelokasi.
Menurutnya , “apabila anggota sampai kami membuat tinjauan lokasi berkenaan dan mendapati ular sawa tersebut masih lagi berada di situ,kami Cuma menangkap urar tersebut dengan mengunakan penjerut,tetapi ular tersebut tidak beganjak dari semak bekenan apabila kami menghapiri reptilia tersebut barulah kami tahu ular tersebut telah pun mati,kemungkinan ular tersebut telah memakan racun yang di campur dengan perut ayam yang dibuang ke dalam kawasan semak untuk membunuh biawak yang sering masuk kedalam rumah pengadu”,katanya.

No comments:

Post a Comment