Monday, October 4, 2010

Operasi mangsa lemas.


Bukit Pinang, 18 Mei 2010, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Setar, menerima  panggilan kecemasan daripada Pn. Shakirah Bt Abd.Ghani ( Kakak Mangsa ), menyatakan bahawa terdapat mangsa lemas di Masjid Kampung Padang Hasan, Bukit Pinang.
Satu pasukan dengan kekuatan sebuah Pajero,sebuah pregio, sebuah bot, dua buah motosikal tindak pantas, tiga pegawai, enam anggota, dua pemandu dan empat penyelam JPAM Daerah Kota Setar begerak ke lokasi sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi.
Setelah sampai PPATB Roshidi Bin Kasim melapur kekuatan anggota dan mendapatkan maklumat dari PKTK tentang kejadian tersebut. Menurut maklumat mangsa bernama Aminudin Bin Abd Ghani, berusia 35 tahun.Menurut saksi, beliau melihat adiknya di sungai yang teletak 50 meter di belakang rumah mangsa pada jam 2.00 petang pada hari Ahad ( 16 Mei 2010 ).
Mayat mangsa di jumpai tersangkut pada rumpunan pokok buluh kira-kira pada jam 1.22 petang oleh anggota penyelam JPAM Daerah Kota Setar.

No comments:

Post a Comment