Saturday, November 20, 2010

JPAM agensi Pertahanan Awam unggul

MEMBERI perkhidmatan bantuan kecemasan
bagi mengurangkan kehilangan
nyawa dan kerosakan harta benda yang
disebabkan
oleh bencana atau tindakan
musuh merupakan antara tujuan Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1952,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
yang dahulunya dikenali sebagai Civil
Defence sentiasa memainkan peranan penting
dalam menghadapi pelbagai bencana
dan insiden kecemasan termasuk Konfrontasi
Malaysia - Indonesia pada 1964, pesawat
terhempas di Johor (1977), tragedi kondominium
Highland Towers tumbang di Hulu
Kelang (1993) dan kejadian tanah runtuh di
Gunung Pulai, Johor (2001).
Biarpun sudah mencecah 57 tahun,
peranan
JPAM dalam menangani situasi
bencana tetap relevan kerana ia merupakan
salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab
melaksanakan peranan untuk
menyelamat nyawa mahupun harta benda
penduduk awam sebelum, semasa, dan
selepas sesuatu kejadian bencana, malah
secara tidak langsung menarik penglibatan
orang awam dalam kerja-kerja kesukarelawan.
Berbekalkan khidmat dan kepakaran,
anggota JPAM sentiasa bersiap sedia menjalankan
tugas dalam pelbagai bentuk kecemasan
yang melibatkan bencana sama ada
di darat atau air tanpa mengira masa dan
tempat termasuk menyelamatkan mangsa
kemalangan jalan raya, lemas dan banjir,
kebakaran serta menangkap ular.
Di sini, kita dapat lihat bahawa JPAM terlibat
secara terus dalam apa jua aktiviti
menyelamat nyawa dan harta benda penduduk
awam.
Hari ini, JPAM telah menggariskan satu
visi iaitu ‘Menjadi Agensi Pertahanan Awam
Yang Unggul Dalam Pengurusan Bencana’
bagi menyuntik semangat dan jati diri yang
tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
mengikut akta dan perundangan
yang diguna pakai.
Akta 221 memerlukan sebuah Angkatan
Pertahanan Awam yang besar bagi menjalankan
tugas dan melaksanakan maksud
Pertahanan Awam di negara ini.
Bagi tujuan ini, JPAM telah memainkan
peranan untuk melatih seberapa ramai
orang awam dan menjadi anggota
Pertahanan Awam bagi membolehkan
mereka bertindak semasa menghadapi
sebarang krisis, bencana, atau peperangan
yang akan atau mungkin berlaku.
Ternyata tenaga sukarelawan yang menjadi
tulang belakang kepada JPAM di negara
berjaya memberikan komitmen tinggi terhadap
setiap tugasan diberikan.
Walaupun sebagai sukarelawan, namun
sumbangan diberikan ketika membantu
negara berhadapan dengan sesuatu bencana
cukup berkesan sekali.
Ia terbukti ketika Johor dilanda dua banjir
besar tiga tahun lepas yang mana anggota
JPAM berjaya memainkan peranan
sebagai anggota penyelamat bersama pasukan
lain.
Kini, pendaftaran pengambilan anggota
sukarelawan baru dan latihan-latihan bersama
dibuat sepanjang tahun untuk menambahkan
penglibatan penduduk awam.
JPAM agensi Pertahanan Awam unggul

klik disini.......
http://www.mampu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=bf8ac227-afda-4e54-8bc2-9d5ed8add774&groupId=10146

No comments:

Post a Comment