Saturday, November 6, 2010

3 cedera motosikal tergelincir

Jalan lincin disebabkan tumpahan minyak yang dibawa oleh air banjir.




myMetro

ALOR SETAR: Tiga penunggang motosikal tersembam di jalan raya selepas motosikal ditunggangi tergelincir berpunca daripada air banjir yang surut dan meninggalkan kesan minyak menyebabkan ketiga-tiganya luka parah di Jalan Kanchut, di sini, semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.20 pagi itu ketika Intan Sariani Mat Yatim, 23, dan Maznah Jaafar, 42, dalam perjalanan pulang. ke rumahnya di Taman Nuri selepas kedua-duanya terperangkap dalam banjir besar di sekitar pusat bandar ini.

Intan Sariani ketika ditemui berkata, dia dan rakannya ketika itu cuba untuk keluar daripada banjir dengan mencari jalan pulang ke rumah selepas beberapa jalan utama dinaiki air.
Katanya, dia dari Jalan Telok Wanjah terpaksa menggunakan Jalan Kanchut berikutan masih terdapat jalan di situ yang tidak dinaiki air.

"Ketika cuba untuk membelok ke kiri, saya sangkakan di atas jalan itu adalah air tetapi rupa-rupanya minyak yang yang membasahi jalan," katanya ditemui di sini, semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa bernasib baik kerana dibantu beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang ketika itu turut melalui jalan terbabit untuk ke penempatan mangsa banjir di Tanjung Bendahara.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, seorang lagi mangsa, Cheng Ah Siong, 64, terjatuh di atas jalan apabila motosikal yang dinaikinya tergelincir di lokasi sama.


No comments:

Post a Comment