Saturday, November 6, 2010

2 beradik terhumban dikhuatiri lemas

Sumber : myMetro

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berusia lapan dan 13 tahun hilang dan dikhuatiri lemas selepas motosikal yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam tali air di Kampung Telaga Emas, Langgar, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Siti Nadia Shukur, 13, dan adiknya, Sharipah, 8, bersama seorang rakan mereka, Intan Malik, 14, terhumban ke dalam tali air selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas sebelum terhumban ke dalam tali air.

Akibat kejadian itu, dua beradik berkenaan hilang dan dikhuatiri lemas manakala Intan terselamat selepas berpaut pada sebatang pokok.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, ketiga-tiga kanak-kanak terbabit yang berasal dari kampung berkenaan menaiki motosikal dan melalui jalan bersebelahan tali air yang sedang dinaiki air akibat banjir sejak Ahad lalu.

“Arus deras yang melintasi laluan itu menolak motosikal berkenaan menyebabkan motor yang mereka naiki terbabas ke dalam tali air sedalam lebih dua meter itu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan dua beradik terbabit kira-kira jam 1 tengah hari sebelum gerakan mencari dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)Beliau berkata, gerakan mencari terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 petang berikutan hari gelap.

No comments:

Post a Comment