Tuesday, November 30, 2010

Ular sawa dalam sawah

ular sawa yang ditangkap di Kampung Ayer Hitam

Anggota JPAM Daerah Kota Setar bersama ular sawa yang berjaya ditangkap

Ular sawa tersangkut pada jala pagar


AYER HITAM seorang penduduk telah dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter yang tersangkut pada jala yang diletakan di sekeliling sawah. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika beliau bersama anak saudaranya meninjau kawasan sawah padi tersebut yang terletak berhampiran rumahnya.
Penduduk, Khairul Anuar Samsudin 27, berkata, beliau menyedari kehadiran ular sawa tersebut apabila melihat anak pokok padi bergoyang-goyang.
“Pada mulanya saya ingatkan burung yang tersangkut pada pukat. Apabila saya bersama anak saudara saya menghampiri dengan lebih dekat, saya terkejut melihat seekor ular sawa sedang melingkar di dalam sawah padi. Saya cuba mendapatkan bantuan dari orang kampung tapi tiada siapa yang berani kerana ular tersebut begitu besar dan bimbang perkara yang tidak diingini berlaku” ,.katanya.
“Saya menghubungi talian 999 dan tidak lama kemudian 4 anggota JPAM datang untuk menangkap ular tersebut” , ujarnya lagi.
Sementara itu Pegawai Operasi Mohd Faizol Ab Aziz berkata Bilik Gerakan 999 JPAM Daerah Kota Setar mendapat panggilan kecemasan pada jam 6.35 petang. Satu pasukan bersama empat orang anggota telah dihantar kesana.
Menurutnya, anggota JPAM Kota Setar mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap reptilia tersebut dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Dan Taman Negara.

No comments:

Post a Comment