Saturday, November 27, 2010

2 hari terperangkap



Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
Sumber : myMetro
ALOR SETAR: Dua wanita warga emas nyaris maut selepas dua hari terperangkap dalam rumah yang berkunci di Anak Bukit dan ketika diselamatkan semalam, mereka didapati terkapai-kapai di dalam air sehingga paras dagu.
Mangsa, Rahah Said, 79, dan adik tirinya, Latifah Harun, 55, yang juga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang tiba kira-kira jam 3 petang selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Jurucakap JPAM berkata, mangsa bernasib baik apabila tindakan pantas sepasukan anggota JPAM yang memasuki rumah mereka dengan memanjat tingkap di bahagian atas rumah berikutan ia terkunci dan ditenggelami air.
Ketika 50 anggota JPAM tiba, mangsa hampir ditenggelami air banjir yang ketika itu sudah berada pada paras dagu.

Katanya, percubaan awal mereka untuk menyelamatkan mangsa terganggu akibat arus deras yang menghalang pergerakan anggota penyelamat, namun pihaknya bertekad masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan dua wanita itu.

“Pada mulanya kami cuba masuk melalui pintu depan menggunakan bot, tetapi pintunya kecil menyebabkan anggota kami terpaksa masuk dengan memanjat tingkap.
 “Kami mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Sementara itu, anak Rahah, Bidin, 42, berkata hanya roti kosong dan air sejuk menjadi bekalan ibu dan ibu saudaranya itu sepanjang mereka terperangkap dalam banjir.

No comments:

Post a Comment