Sunday, January 9, 2011

Anggota JPAM Daerah Kota Setar Dikejar Tebuan.

Sarang tebuan sebesar pemeluk orang dewasa

Anggota membuat pemantauan

Kerja-kerja operasi dilakukan

Sarang tebuan dimusnahkan menggunakan teknik api

Anggota menunjuk sarang tebuan yang berjaya diturunkan


Kepala Batas,10 Januari 2010, gara-gara sarangnya selalu diganggu, sekumpulan tebuan mengejar tiga anggota JPAM Daerah Kota Setar dan seorang penulis berita Harian Metro. Kejadian berlaku ketika anggota JPAM Daerah Kota Setar sedang melakukan pemantauan terhadap sarang tebuan tersebut.
Menurut Ketua sekuad Sjn (PA) Salim Aziz, Bilik Gerakan 999 JPAM Daerah Kota Setar menerima satu panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi. Satu jentera operasi bersama enam anggota telah bergegas ke lokasi yang di laporkan. Menurutnya “apabila tiba di lokasi, saya bersama anggota lain membuat pemantauan terhadap lokasi sarang tebuan itu terlebih dahulu. Saya mendapati sarang tebuan sebesar pemeluk orang dewasa tersebut telah pun pecah. Berdasarkan maklumat dari seorang guru sekolah tersebut,  ada segelintir pelajar telah membaling batu kearah sarang tebuan tesebut ”, katanya.
“Dalam operasi ini, tiga anggota JPAM Daerah Kota Setar dan seorang wartawan telah dikejar oleh sekumpulan tebuan secara tiba-tiba ketika mereka hendak meletakkan tangga pada dahan pokok yang setinggi 4.5 meter itu.
Anggota JPAM Daerah Kota Setar telah mengambil masa kira-kira 1 jam untuk memusnah sarang tebuan tersebut dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Wednesday, December 29, 2010

Lelaki sawan atas motor masuk terusan




 Sumber : Harian Metro

ALOR SETAR: Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila diserang sawan ketika menunggang motosikal menyebabkannya tercampak ke dalam Terusan Wan Mat Saman, kelmarin.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor Namun, nasib menyebelahi mangsa apabila kejadian itu disaksikan seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang secara kebetulan melalui jalan terbabit untuk ke tempat kerjanya di pejabat JPAM Kota Setar, Wisma Persekutuan.

Ketua Skuad Bilik Gerakan JPAM Kota Setar, Sarjan Salim Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dia yang dalam perjalanan dari rumahnya di Batu 5, terkejut apabila mendapati seorang penunggang motosikal terjatuh ke dalam terusan terbabit ketika menunggang motosikal Honda EX5.
Menurutnya, ketika itu, dia dari rumahnya menuju ke tempat kerja apabila melihat mangsa, Mohd Fikri Rejab, 23, yang baru pulang dari Pekan Rabu tiba-tiba diserang sawan menyebabkannya tercampak ke dalam terusan dengan keadaan kepala menegak bersama motosikalnya.

“Saya memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian itu dan terkejut mendapati mangsa meronta-ronta kesakitan menyebabkan saya terus terjun ke dalam terusan untuk menyelamatkannya.

“Sebaik mangsa dinaikkan, saya dapati mulutnya berbuih selain mengalami kecederaan di kaki dan tangan,” katanya.

Katanya, dia kemudian memaklumkan anggota lain dengan menghubungi Bilik Gerakan 999 JPAM Kota Setar sebelum empat anggota dengan sebuah ambulans penyelamat tiba lima minit kemudian.

Mangsa yang menetap di Batu 8, Kota Sarang Semut dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 2.15 petang.

Tuesday, December 28, 2010

Penyengat budak kena 'hukum'

Anggota JPAM Daerah Kota Setar sedang melakukan semburan racun serangga kepada sarang tebuan.

Anggota JPAM Daerah Kota Setar berjaya menurunkan sarang tebuan tersebut
sumber : Sinar Harian

KUALA KEDAH – Selama kira-kira dua tahun sekumpulan tebuan membuat sarang di atas pokok di depan rumah seorang peniaga di Taman Sri Kota di sini hingga sampai satu ketika ia telah menyengat anak saudara wanita berkenaan.

Peniaga, Siti Mariam Abd Rahman, 39, berkata, sarang tebuan itu sudah lama tergantung di atas pokok besar depan rumahnya.

Menurutnya, lama-kelamaan sarang berkenaan semakin rendah dan ramai kanak-kanak sering membaling batu ke arah sarang tebuan itu.

“Ketika berada dalam rumah, anak saudara saya telah disengat tebuan yang terbang ke dalam rumah saya.

“Anak saudara saya bernasib baik kerana selepas disengat, dia terus dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan bagi mengelak sengatan semakin teruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Mariam berkata, sarang tebuan atas pokok itu sangat besar dan apabila angin kuat, serangga berkenaan akan berterbangan di luar sarangnya hingga membahayakan keselamatan penduduk berhampiran.

Menurutnya, kanak-kanak juga ramai yang sering bermain di depan rumah pada setiap petang termasuk anaknya.

“Saya bimbang jika tebuan ini menyerang anak saya dan anak-anak jiran lain yang bermain di depan rumah setiap hari.

“Selepas insiden anak saudara saya disengat, saya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membuang sarang ini,” katanya yang memiliki enam anak.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Daerah Kota Setar, Salim Aziz berkata, dia bersama lima anggota bergegas ke lokasi pada jam 9.15 pagi selepas menerima panggilan telefon.

Menurutnya, setibanya di taman perumahan itu, dia mendapati sarang tebuan itu sangat besar, namun berjaya menurunkan sarang berkenaan menggunakan teknik semburan racun dalam tempoh 20 minit sahaja walaupun angin kuat.

Sunday, December 26, 2010

Ular sawa telan anak kambing ditangkap

ANGGOTA JPAM memegang ular sawa batik yang berjaya ditangkap, di Alor Setar, semalam.

Sumber : Utusan Malaysia

ALOR SETAR 2 Dis. - Seekor ular sawa sepanjang empat meter yang kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing di Kampung Pancor, Pokok Sena di sini, berjaya ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kota Setar hari ini.
Pemilik kambing itu yang terkejut apabila melihat seekor ular sawa berada di dalam kandang ternakannya bertindak menghubungi JPAM kira-kira pukul 9.10 pagi untuk menangkap reptilia itu.
Pegawai JPAM Kota Setar, Khairul Afzan Md.Yasin berkata, sebaik sahaja tiba di kandang kambing tersebut pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menangkap ular sawa itu yang tidak berupaya bergerak akibat kekenyangan.
"Ular sawa seberat kira-kira 120 kilogram itu ditangkap ketika berada di dalam kandang kambing itu. Ular tersebut tidak bertindak agresif kerana tidak mampu bergerak akibat kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, ular tersebut dipercayai menjadikan kawasan kampung itu sebagai habitatnya kerana terdapat banyak sumber makanan di kawasan itu.
Dalam satu kejadian berasingan di Kerpan, Air Hitam dekat sini semalam, seekor lagi ular sawa sepanjang empat meter berjaya ditangkap oleh anggota JPAM.
"Ular tersebut tersangkut pada jaring yang diletakkan di sawah padi dan bertindak agresif ketika anggota kami sampai di kawasan tersebut kira-kira pukul 8.30 malam.
"Pihak kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular tersebut dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku," ujarnya.
Tambah Khairul, kedua-dua ekor reptilia itu akan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

JPAM terima 4 ambulans baru

Sumber : Utusan Malaysia

ALOR SETAR 8 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Kedah bakal menerima empat buah ambulans baru bagi meringankan tugas mereka dalam operasi menyelamat mangsa yang terlibat dalam kemalangan di negeri ini.
Pegawai JPAM Daerah Kota Setar, Khairul Afzan Md.Yassin berkata, JPAM Kota Setar telah pun menerima sebuah ambulans baru untuk digunakan dalam operasi menyelamat JPAM.
"Penambahan ambulans baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tersebut memudahkan kerja anggota kami dalam tugas menyelamat mangsa yang memerlukan bantuan.
"Tiga lagi ambulans baru dijangka sampai pada awal tahun depan untuk di tempatkan di daerah lain di sini," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, perbezaan ambulans baru ini bukan sahaja pada kelengkapan disediakan, malah warnanya telah ditukar kepada biru dan jingga.
"Walaupun mempunyai ambulans yang baru namun kita (JPAM) masih lagi menggunakan ambulans yang lama untuk tujuan menyelamat dan membawa pesakit ke hospital," katanya.
Khairul Afzan berkata, ambulans baru yang disediakan itu diharapkan mampu melancarkan tugas menyelamat oleh anggota JPAM.
Selain itu, beliau berkata, perubahan pada warna ambulans itu adalah selari dengan warna uniform baru dan memberi imej baru pada JPAM.
"Kita juga berharap kemudahan baru ini akan dapat membantu orang awam yang memerlukan bantuan daripada JPAM.

Tuesday, November 30, 2010

Ular sawa dalam sawah

ular sawa yang ditangkap di Kampung Ayer Hitam

Anggota JPAM Daerah Kota Setar bersama ular sawa yang berjaya ditangkap

Ular sawa tersangkut pada jala pagar


AYER HITAM seorang penduduk telah dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter yang tersangkut pada jala yang diletakan di sekeliling sawah. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika beliau bersama anak saudaranya meninjau kawasan sawah padi tersebut yang terletak berhampiran rumahnya.
Penduduk, Khairul Anuar Samsudin 27, berkata, beliau menyedari kehadiran ular sawa tersebut apabila melihat anak pokok padi bergoyang-goyang.
“Pada mulanya saya ingatkan burung yang tersangkut pada pukat. Apabila saya bersama anak saudara saya menghampiri dengan lebih dekat, saya terkejut melihat seekor ular sawa sedang melingkar di dalam sawah padi. Saya cuba mendapatkan bantuan dari orang kampung tapi tiada siapa yang berani kerana ular tersebut begitu besar dan bimbang perkara yang tidak diingini berlaku” ,.katanya.
“Saya menghubungi talian 999 dan tidak lama kemudian 4 anggota JPAM datang untuk menangkap ular tersebut” , ujarnya lagi.
Sementara itu Pegawai Operasi Mohd Faizol Ab Aziz berkata Bilik Gerakan 999 JPAM Daerah Kota Setar mendapat panggilan kecemasan pada jam 6.35 petang. Satu pasukan bersama empat orang anggota telah dihantar kesana.
Menurutnya, anggota JPAM Kota Setar mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap reptilia tersebut dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Dan Taman Negara.

Monday, November 29, 2010

Bukan sekadar nyawa dan harta benda orang awam sahaja


Anjing liar dibawa keluar dari kawasan perumahan penduduk

Anggota JPAM Kota Setar cuma menangkap anjing liar

ALOR MENGKUDU bukan sekadar nyawa dan harta benda orang awam sahaja yang perlu di selamatkan ketika berlakunya bencana, malah menyelamat haiwan juga adalah satu daripada tanggungjawab yang di amanahkan dan disematkan didalam jiwa setiap anggota petugas Bilik Gerakan JPAM Daerah Kota setar.
Bagi mereka tidak pernah kenal jijik dan takut, ini kerana setiap haiwan yang di selamatkan tidak kiralah, anjing, kucing ,biawak, burung, ular dan sebagainya.
Apa yang perlu diutamakan adalah tugasan menyelamat mesti diselesaikan bagi memastikan khidmat yang diberikan kepada pengadu adalah yang terbaik, selain anggota penyelamat JPAM Daerah Kota Setar mendapat kepuasan jika tugasan menyelamat dapat dilakukan dengan terbaik.
Baru-baru ini Bilik Gerakan 999 JPAM Daerah Kota Setar menerima panggilan kecemasan mengenai anjing liar yang sering memasuki rumah di sekitar Taman Limau Manis, Jalan Alor Mengkudu.
Menurut penduduk yang dikenali Sharzuani berkata,anjing liar  sering kali memasuki kawasan rumahnya menyebabkan beliau rasa tidak begitu selesa.“saya cuba mengusir anjing liar tersebut anjing tersebut cuma berlari menghilangkan diri buat seketika dan kembali semula,kejadian ini belarutan sehingga seminggu dan saya telah memohon bantuan JPAM Daerah Kota Setar untuk membantu menangkap anjing liar dan dilepaskan di tempat yang sepatutnya”, katanya.
Sementara itu Ketua Operasi Sjn (PA) Salim Aziz mengesahkan kejadian itu dan anjing liar tersebut dapat ditangkap oleh 4 anggotanya sejurus mendapat panggilan dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.